IPD Sepang sangkal dakwaan tidak saman pemandu lori warga asing
Iklan
SEPANG - Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang menyangkal dakwaan sebuah video tular berhubung anggotanya tidak mengambil tindakan terhadap seorang lelaki warga asing kerana memandu lori tanpa lesen memandu.
Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, dakwaan itu tidak benar sebaliknya satu saman sudah dikeluarkan terhadap pemandu berusia 28 tahun itu.