Makhluk ganjil ditemui di pantai Mesir

Iklan
Bangkai makhluk ganjil ditemui di pantai Gabr el-Bint di Semenanjung Sinai, Mesir baru-baru ini. - Foto Andrea Jud/Pen News

KAHERAH - Bangkai makhluk yang mengerikan telah ditemui hanyut di pantai Gabr el-Bint di Semenanjung Sinai, Mesir baru-baru ini.

Seorang wanita, Andrea Jud, 39, menemui bangkai makhluk yang tidak mempunyai mata itu dan memiliki gigi yang tajam.

Iklan
Iklan

Bangkai makhluk yang ditemui itu mempunyai dua set rahang dan dipercayai untuk memburu mangsanya.

Jud dilaporkan berkata, dia tidak menyentuh bangkai tersebut selepas menemuinya.

Iklan

Menambahkan misteri ialah lokasi makhluk itu wanita tersebut menganggarkan ia berada lebih 12 meter dari jangkauan ombak.

Katanya, kulit makhluk ganjil itu kering dan kelabu gelap serta bertompok-tompok, mempunyai kepala dengan mulut terbuka menunjukkan gigi-giginya yang tajam.

Iklan

Wanita itu menceritakan bahawa terdapat lubang di bahagian belakang kepala makhluk tersebut yang mana seseorang akan mengesyaki ia adalah telinga,

Namun, ia kemungkinan insang makhluk tersebut, tambahnya. – Agensi