Polis tahan lelaki langgar kenderaan JPJ guna pengorek kaut
Iklan
KENINGAU - Polis menahan seorang lelaki tempatan berusia 60an bagi membantu siasatan kes menghalang dan menggunakan kekerasan terhadap penjawat awam iaitu anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) melaksanakan kewajipannya, dalam kejadian di sini petang Khamis.
Ketua Polis Daerah Keningau Deputi Superintendan Nor Rafidah Kasim berkata, polis menerima laporan kejadian itu pada pukul 6.32 petang tadi dan siasatan awal mendapati anggota JPJ Cawangan Keningau telah menahan dan membuat pemeriksaan terhadap sebuah kenderaan berat jenis pengorek kaut (backhoe) yang mencurigakan.