Polis tunggu laporan kimia penuntut IPTA mati dalam bilik
Iklan
SERDANG - Polis masih menunggu laporan daripada Jabatan Kimia berhubung punca kematian seorang penuntut tahun akhir sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yang ditemui dalam bilik di tingkat lima kolej kediamannya di sini, pada Selasa.
Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner A A Anbalagan berkata, proses bedah siasat terhadap mayat mangsa sedang dijalankan.