Pemecatan Tajuddin ikut Perlembagaan
Iklan
Tajuddin
KOTA BHARU - Pemecatan ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman merupakan satu tindakan yang mengikut Perlembagaan parti.
Timbalan Pengerusi UMNO Kelantan, Tan Sri Mohamad Fatmi Salleh turut menyifatkan pengguguran jawatan atau pemecatan merupakan perkara biasa dalam parti dan perkara sama pernah dibuat oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi melibatkan individu lain sebelum ini.
Beliau turut memberi contoh pemecatan melibatkan Tan Sri Shahidan Kassim sebagai Pengerusi UMNO Perlis dan Tan Sri Annuar Musa sebagai Setiausaha Agung UMNO sebelum ini.
"Perkara yang lepas itu tidak perlu dibangkitkan semula. Apa objektifnya untuk ungkit semula perkara yang lepas. Politik itu berubah setiap hari," katanya ketika ditemui pemberita selepas Sidang Media Diskaun Yuran Pelajar Yang Menjalani Semester Latihan Industri di Universiti Malaysia Kelantan di sini pada Selasa.
Pada Isnin, Tajuddin digugurkan sebagai ahli MKT UMNO melalui surat yang dihantar oleh Presiden parti.
Ahmad Zahid Hamidi pada Selasa pula memaklumkan Tajuddin dipecat kerana mengkritik parti menerusi kenyataan, ucapan dan ceramah dalam mesyuarat-mesyuarat tertutup yang dihadiri Ahli Parlimen Pasir Salak itu.
Bagaimanapun, Ahmad Zahid enggan menyatakan secara terperinci punca Tajuddin dipecat.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="PRN Johor: Tiada arahan ahli Bersatu undi parti lain di kerusi PN tidak bertanding"><meta itemprop="description" content="PRN Johor: Tiada arahan ahli Bersatu undi parti lain di kerusi PN tidak bertanding
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak akan mengeluarkan sebarang arahan kepada ahli parti itu supaya mengundi mana-mana parti lain di kerusi yang tidak ditandingi Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pendirian Bersatu sejak dahulu kekal sama iaitu hanya menyokong calon PN di kawasan yang ditandingi gabungan itu.
Anda boleh baca berita penuh di portal Sinar Harian di www.sinarharian.com.my atau swipe up di IG story serta jangan lupa follow IG @sinarharian untuk berita terkini dalam dan luar negara.
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNJohor #SuaraRakyat #Bersatu"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-06-29T12:23:17.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P120S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xajpu2q"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xajpu2q"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xajpu2q"></script>