Tiga premis jual 'Android Box' diserbu
Iklan
KPDNHEP melakukan serbuan ke atas premis yang menjual Android Box di Petaling Jaya.
PUTRAJAYA - Tiga premis di pusat membeli-belah di Petaling Jaya yang menjual alat teknologi penstriman (Android Box) diserbu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) pada Rabu.
Pengarah Penguat kuasa KPDNHEP, Azman Adam berkata, pihaknya merampas 17 unit alat teknologi penstriman berserta dokumen berkaitan disyaki mengandungi karya hak cipta yang diadukan dengan nilai rampasan keseluruhan dianggarkan berjumlah RM6,800.
Iklan
Iklan
Menurutnya, dua lelaki berumur lingkungan 30-an turut ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah seksyen 43AA Akta Hak Cipta 1987 iaitu melakukan pelanggaran hak cipta dalam apa-apa karya dengan menjual suatu teknologi penstriman.
"Serbuan dilakukan secara berasingan itu dibuat selepas KPDNHEP melakukan risikan dan mendapat maklumat daripada pemilik hak cipta.
Iklan
"Jika disabitkan kesalahan boleh didenda tidak kurang daripada RM10,000 dan tidak melebihi RM200,000 atau penjara sehingga 20 tahun atau kedua-duanya," katanya.
Beliau berkata, Akta Hak Cipta 1987 telah ditambah baik melalui pindaan Akta Hak Cipta (Pindaan) 2022 yang berkuat kuasa mulai 18 Mac lalu.
Iklan
"Ia memberi penekanan dalam usaha pihak kementerian untuk membanteras pelanggaran hak cipta secara dalam talian atau cetak rompak digital ini dengan lebih berkesan," katanya.
Azman berkata, semua peniaga diingatkan agar tidak menjual alat teknologi penstriman seumpama ini.
"Tindakan penguatkuasaan serta pemantauan yang berterusan dan tegas akan dilakukan kementerian kerana alat teknologi penstriman ini berupaya untuk melakukan pelanggaran dalam apa-apa karya hak cipta yang dilindungi," katanya.
Tambah beliau, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung salah laku peniaga berhubung perkara ini boleh menyalurkan aduan lengkap kepada pihak kementerian melalui WhatsApp 019-2794317 atau 019-8488000 selain portal aduan, e-aduan.kpdnhep.gov.my.
BERITA SEMASA 29 APRIL 2024
Ahli Jawatankuasa Biro Penerangan Bersatu, Badrul Hisham Shaharin akan didakwa lagi di Mahkamah Sesyen Johor Bahru pada Selasa, atas satu pertuduhan di bawah Akta Hasutan 1948, lapor wartawan Sinar Harian, Noor Azlida Alimin.
Ketika ditemui di luar Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Isnin, dia yang lebih dikenali sebagai Che'gu Bard berkata, ia dipercayai berhubung kenyataannya mengenai isu kasino di Forest City, Johor.
Sedangkan katanya, hantaran di laman sosial, Facebook itu ialah berhubung pembukaan kasino yang dilaporkan beberapa media Antarabangsa.
Badrul Hisham berkata, disebabkan hantaran berkenaan, dia akan diheret ke muka pengadilan, namun berbeza dengan laporan media antarabangsa, yang tidak diusik sehingga ke hari ini.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/661916/berita/semasa/chegu-bard-akan-didakwa-di-johor-bahru-esok
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #beritasemasa #mahkamah #Che'gubardbergari #kualalumpur