'Ramai Bumiputera cenderung berbelanja barang bukan keperluan'

Iklan
Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad menjawab pertanyaan media selepas menghadiri majlis Sambutan Jubli Perak Permodalan Kedah Berhad (PKB) dan perasmian Hotel Adya Chenang di Dataran Chenang hari ini. - Foto Bernama

SHAH ALAM - Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad terkilan apabila ramai dari kalangan Bumiputera tidak cekap dalam soal menguruskan kewangan sebaliknya lebih cenderung berbelanja bagi barang yang bukan keperluan.

Memetik wawancara bersama Focus Malaysia, beliau berkata, ia antara sebab mengapa kuota 30 peratus bagi pegangan Bumiputera diperlukan dalam syarikat tersenarai.

Iklan
Iklan

"Orang Melayu perlu sedar bahawa dengan menjalankan perniagaan, mereka dapat mengurangkan jurang ekonomi. Ia perlu dilakukan dengan penuh disiplin.

"Setakat ini, apa pendekatannya?apa yang saya lihat, Bumiputera bukan beroreantasikan perniagaan sebaliknya komuniti lain sangat beroreantasikan perniagaan. Ramai Bumiputera masih tidak tahu cara mengendalikan atau menguruskan wang kerana bagi mereka wang untuk dibelanjakan, bukan untuk dilabur.

Iklan

"Ada juga situasi di mana apabila mereka meminjam wang untuk modal perniagaan, sebahagiannya digunakan untuk berbelanja membeli sesuatu yang tidak ada kaitan dengan perniagaan," katanya.

Menurutnya, beliau kini meletakkan harapan kepada golongan muda Bumiputera yang menunjukkan ciri-ciri bagus dalam pengurusan perniagaan.

Iklan

"Ada harapan kumpulan ini dapat mengubah sistem dan amalan nilai supaya menjadi pengrus perniagaan yang lebih baik.

"Ada dalam kalangan mereka ini mempunyai kepakaran. Orang-orang muda ini beri harapan tetapi mereka perlu ingat bahawa perniagaan yang dijalankan ini adalah untuk mengurangkan jurang perbezaan pendapatan antara Bumiputera dengan kaum lain," katanya.

Mengulas lanjut, Dr Mahathir berkata, tanpa amalan rundingan langsung atau tender terhad, hampir semua syarikat Melayu gagal.

"Selalunya, jika sesiapa di sektor swasta mahu membina sebuah jambatan, syarikat-syarikat Melayu tidak pernah mendapat tender, kecuali apabila mereka bekerjasama dengan sesetengah syarikat bukan Melayu.

"Kontrak sektor swasta tidak dapat kepada orang Melayu dan begitu juga dengan kontrak kerajaan. Apa yang dapat dilihat adalah perbezaan lebih besar antara kaum," katanya.