Gangguan bekalan air di Petaling bermula esok

Iklan
Gambar hiasan.

SHAH ALAM - Gangguan bekalan air berjadual di 47 kawasan dalam Wilayah Petaling bermula pada Selasa jam 9 pagi.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menerusi kemas kini di Facebook memaklumkan, perkara tersebut berlaku untuk memberi laluan kepada kerja-kerja penambahbaikan sistem bekalan air di Kolam Air Bukit Dengkil.

Iklan
Iklan
Senarai kawasan di Petaling yang terlibat dengan gangguan bekalan air berjadual bermula pada Selasa jam 9 pagi.
Iklan

Menurut hantaran tersebut, bekalan air dijangka pulih sepenuhnya pada Rabu pada jam 9 pagi.

"Anda dinasihatkan agar menyimpan air secukupnya untuk kegunaan seisi rumah di samping memastikan bekas simpanan air ditutup," katanya pada Isnin.

Iklan