Notis kekosongan kerusi Parlimen Sandakan dikemuka kepada SPR
Iklan
Mohamad Ariff Md Yusof - Foto Bernama
KUALA LUMPUR - Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Mohamad Ariff Md Yusof telah mengemukakan notis kekosongan kerusi Parlimen Sandakan kepada pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini.
Dalam satu kenyataan, Mohamad Ariff berkata ia berikutan kematian Ahli Parlimen Sandakan Datuk Wong Tien Fatt @ Wong Nyuk Foh semalam.
Iklan
Iklan
"Selaras dengan Perkara 54 Perlembagaan Persekutuan, saya selaku Yang Dipertua Dewan Rakyat telah mengemukakan suatu pemberitahuan bertarikh 29 Mac 2019 kepada Pengerusi SPR (Azhar Azizan Harun) bahawa anggota Parlimen Sandakan telah meninggal dunia pada 28 Mac.
"Selaras dengan Perkara 54 Fasal (1), pihak SPR hendaklah mengisi kekosongan kerusi Parlimen Kawasan P.186 Sandakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh dipastikan oleh SPR bahawa ada kekosongan,” katanya.
Iklan
Wong, 65, yang juga Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, meninggal dunia pada 12.15 tengah hari semalam di Hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu.
Mendiang meninggalkan isteri, empat anak dan dua cucu. - Bernama
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="PRN Johor: 'Kita tidak pernah bergaduh, bermanja dengan PH' - Ahmad Zahid"><meta itemprop="description" content="PRN Johor: 'Kita tidak pernah bergaduh, bermanja dengan PH' - Ahmad Zahid
 Barisan Nasional (BN) menegaskan tidak pernah bergaduh jauh sekali bermanja dengan Pakatan Harapan (PH) sepanjang kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, kedua-dua pihak mengekalkan hubungan profesional walaupun bertembung di gelanggang pilihan raya.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/786352/berita/politik/prn-johor-kita-tidak-pernah-bergaduh-bermanja-dengan-ph---ahmad-zahid
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNJohor #BN
Kempen PRN Johor 2026 dah bermula ?️
Jejaki data, peta DUN & simulator keputusan semuanya di satu tempat.
? pru.sinarharian.com.my"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-07-04T07:39:43.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P84S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xalavm2"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xalavm2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xalavm2"></script>