Mesej tegas perlu diberi pada pihak cuba lemahkan badan kehakiman

Iklan
Suasana pada Perhimpunan Untuk Kebebasan Badan Kehakiman di Padang Merbok, Kuala Lumpur pada Jumaat.

KUALA LUMPUR - Mesej tegas perlu diberikan terhadap pihak yang mahu melemahkan badan kehakiman negara, kata bekas Bekas Presiden Majlis Peguam, Datuk Ambiga Sreenavasan.

Beliau yang juga bekas Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) berkata, Majlis Peguam mempunyai tanggungjawab melindungi kebebasan badan kehakiman.

Iklan
Iklan
Perhimpunan Untuk Kebebasan Badan Kehakiman di Padang Merbok, Kuala Lumpur pada Jumaat dianjukan Majlis Peguam.

Ia susulan tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memulakan siasatan terhadap hakim Mahkamah Rayuan, Mohd Nazlan Mohd Ghazali ekoran catatan daripada blog politik mendakwa bekas hakim Mahkamah Tinggi itu mempunyai kekayaan tidak dapat dijelaskan.

"Kita dapat lihat apabila ada orang cuba melemahkan badan kehakiman. Ia dilakukan secara halus.

Iklan
Ambiga (kanan) ditemui pemberita semasa Perhimpunan Untuk Kebebasan Badan Kehakiman di Padang Merbok, Kuala Lumpur pada Jumaat.

"Jadi mesej yang kita mahu sampaikan adalah kita boleh lihat dan ia perlu dihentikan,” katanya ketika ditemui semasa Perhimpunan Untuk Kebebasan Badan Kehakiman anjuran Majlis Peguam di Padang Merbok di sini pada Jumaat.

Pada April lalu, Ketua Hakim Negara, Tengku Maimun Tuan Mat memaklumkan kritikan terhadap badan kehakiman sudah melampaui batas selepas SPRM memulakan siasatan terhadap hakim Mohd Nazlan.

Iklan
Bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas (dua dari kiri) turut hadir pada Perhimpunan Untuk Kebebasan Badan Kehakiman di Padang Merbok, Kuala Lumpur pada Jumaat.

Tengku Maimun berkata, walaupun rakyat termasuk ahli politik bebas mengkritik badan kehakiman pada tahap tertentu, tidak bermakna mereka boleh melakukan serangan yang tidak berasas dan keji terhadap badan kehakiman atau hakim tertentu demi kepentingan sendiri.

Ketika berkhidmat sebagai hakim mahkamah tinggi, Mohd Nazlan mensabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak atas kesalahan rasuah, pengubahan wang haram dan salah guna kuasa.

Anggota polis turut hadir bagi mengawal Perhimpunan Untuk Kebebasan Badan Kehakiman di Padang Merbok, Kuala Lumpur pada Jumaat.