KELAB sensasi Liga Perdana Inggeris (EPL), Arsenal mengesahkan pembelian penyerang remaja Marquinhos dari kelab liga Brazil, Sao Paolo, menurut kelab itu ketika mengumumkan perkara tersebut.
Media tempatan sebelum ini melaporkan bahawa The Gunners membayar yuran dalam lingkungan tiga juta pound untuk pemain berusia 19 tahun itu, yang menandatangani kontrak lima tahun di kelab London tersebut.