Catuan bekalan air di Pontian dtangguh
Iklan
Penduduk Benut menyimpan bekalan air bersih sebagai persediaan menghadapi catuan. Gambar kecil: Zulkifly
PONTIAN - Catuan bekalan air di Mukim Benut, Mukim Sungai Pinggan dan sebahagiannya di Mukim Ayer Baloi yang dijangka berlaku semalam ditangguhkan ke satu tarikh yang akan diberitahu kelak.
Pengerusi Penyelaras DUN Benut, Zulkifly Tasrep berkata, maklumat tentang penangguhan catuan air atau bekalan air berjadual telah dibuat pihak SAJ Ranhill sejak petang kelmarin.
Katanya, penangguhan catuan bekalan air itu melegakan penduduk lebih-lebih lagi ketika musim cuti persekolahan di mana banyak majlis kenduri diadakan.
"Penduduk sudah mengetahui tentang penangguhan catuan bekalan air ini. Mereka juga maklum catuan bekalan air akan berlaku, cuma tidak diberitahu tarikhnya.
"Oleh itu penduduk masih perlu menyimpan bekalan air bersih di rumah masing-masing dan menggunakan air secara berhemah,” katanya.
Dalam pada itu, Zulkifly memberitahu, solat hajat bagi memohon doa sudah diadakan di kebanyakan masjid di DUN Benut."Sejak kelmarin, solat hajat memohon doa diadakan selepas waktu solat maghrib di masjid di Benut.
"Kita berdoa hujan turun agar paras Empangan Machap yang membekalkan air kepada penduduk di Benut mencapai tahap lebih baik berbanding sekarang berada pada tahap minima,” katanya.
Terdahulu, kira-kira 10,000 pengguna di Mukim Benut, Sungai Pinggan dan sebahagiannya Ayer Baloi dijangka terlibat dengan penjadualan bekalan air yang bermula pada 28 Mac berikutan paras air di Empangan Machap berada pada paras minima.
Bagaimanapun pada 25 Mac lalu, bekalan air kepada penduduk dari tiga buah mukim berkenaan terputus berikutan pencemaran ammonia di Sungai Ulu Benut dan Sungai Machap.
Iklan
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Johor cipta sejarah, pertama kali lantik 10 Timbalan Exco"><meta itemprop="description" content="Johor cipta sejarah, pertama kali lantik 10 Timbalan Exco
Kerajaan Johor buat pertama kalinya melantik 10 Timbalan Exco bagi memperkukuhkan pentadbiran serta mempercepat pelaksanaan dasar, projek dan program ke arah merealisasikan agenda Maju Johor 2030.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pelantikan itu dibuat selepas mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bagi meningkatkan kapasiti pentadbiran kerajaan negeri selaras dengan pembangunan Johor yang semakin pesat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788914/edisi/johor/johor-cipta-sejarah-pertama-kali-lantik-10-timbalan-exco
opyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #ExcoJohor #OnnHafiz"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-07-22T09:01:20.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P134S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xar75li"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xar75li"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xar75li"></script>