Lombong berlian runtuh, lebih 40 maut di Republik Demokratik Congo

Iklan
Gambar hiasan

KINSHASA - Lebih 40 orang terbunuh pada Selasa dalam kejadian lombong berlian runtuh di tengah Republik Demokratik Congo (DRC), menurut pihak berkuasa tempatan pada Khamis, lapor Xinhua.

Menteri Dalam Negeri kerajaan wilayah Kasai, Alain Tshisungu Ntumba memberitahu media sekurang-kurangnya enam mayat telah ditemukan dan misi mencari masih diteruskan untuk mengeluarkan mangsa di bawah runtuhan.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, kesemua mangsa adalah penggali berlian kecil-kecilan yang beroperasi di telaga bawah tanah dan tragedi itu telah menjejaskan lebih 40 telaga dengan kedalaman 15 hingga 18 meter. - Bernama

Iklan
Iklan