Tun M perlu henti salahkan individu lain punca PH jatuh

Iklan
Muhammad Kamil

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad perlu berhenti untuk menyalahkan individu lain sebagai punca kejatuhan Pakatan Harapan (PH) daripada menjadi kerajaan pusat.

Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Muhammad Kamil Abdul Munim berkata, sebaliknya Dr Mahathir perlu bermuhasabah atas segala kesilapan yang pernah dilakukan dan menerima hakikat bahawa PH tumbang disebabkan tindakan beliau sendiri.

Iklan
Iklan

"Saya merujuk kenyataan Dr Mahathir terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam.

"Sekali lagi Tun Mahathir cuba melarikan diri daripada menanggung kesalahan bersekongkol menjatuhkan kerajaan Pakatan Harapan dengan terus menerus menyalahkan individu lain yang tidak punya sebarang jawatan dan kuasa eksekutif ketika itu iaitu Anwar Ibrahim,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Iklan

Pada Jumaat, dalam wawancara Utusan Malaysia, Dr Mahathir mendakwa Anwar sebagai punca kejatuhan pentadbiran PH pada 2020.

Dr Mahathir berkata, beliau seharusnya terus menjadi Perdana Menteri sekali gus dapat menghalang BN dan UMNO daripada kembali menduduki kepimpinan kerajaan negara ketika ini.

Iklan

Mengulas lanjut, Muhammad Kamil berkata, tindakan yang dilakukan Dr Mahathir itu tidak membawa sebarang makna kepada Anwar.

"Umum mengetahui Dr Mahathir penyebab kerajaan Pakatan Harapan rebah yang akan kekal terpahat dalam lipatan sejarah.

"Saya menyeru Dr Mahathir untuk bersikap jujur dan ikhlas dalam berpolitik seperti yang pernah ditunjukkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang memberi laluan untuk Tun diangkat menjadi Perdana Menteri ketujuh,” katanya.