643 kes cacar monyet dikesan di 26 negara: WHO

Iklan
Sekurang-kurangnya 643 kes cacar monyet telah direkodkan di 26 negara pada awal Jun. - Gambar hiasan

ZURICH - Sekurang-kurangnya 643 kes cacar monyet telah direkodkan di 26 negara pada awal Jun, kata Ketua Penularan Penyakit dan Zoonosis, Program Kesihatan Kecemasan, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Maria Van Kerkhove pada Khamis.

Beliau berkata, sejak 13 Mei hingga 1 Jun, jumlah jangkitan keseluruhan mencecah 643 hingga 650, dengan pelbagai kes yang disyaki telah dikenal pasti.

Iklan
Iklan

Cacar monyet telah dilaporkan di 26 negara di empat wilayah setakat ini, dan kadar jangkitan tertinggi direkodkan di United Kingdom dengan 190 kes, Sepanyol (142), Portugal (119) manakala Jerman (44), lapor Sputnik.

Ahli epidemiologi pada masa ini perlu menilai risiko penularan cacar monyet di seluruh dunia, memeriksa genom virus dan mengesan kemungkinan mutasi, katanya.

Iklan

Beratus-ratus kes cacar monyet telah direkodkan di negara Eropah, Australia, dan Amerika Syarikat sejak awal Mei.

Pegawai perubatan masih gagal mengenal pasti bagaimana ia merebak memandangkan wabak itu adalah endemik di negara-negara Afrika dan majoriti individu dijangkiti tidak mempunyai sebarang kaitan dengan orang Afrika mahupun berkunjung ke sana. - Bernama

Iklan