Sekat eksport ayam ke Singapura bukan keputusan mudah: KJ

Iklan
Agensi Makanan Singapura (SFA) berkata kira-kira 34 peratus daripada import ayam Singapura pada 2021 adalah dari Malaysia dan hampir kesemuanya diimport sebagai ayam hidup yang disembelih dan disejukkan di Singapura. Gambar hiasan 123RF.

SINGAPURA - 'Bukan satu keputusan mudah untuk kami buat', kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mengenai keputusan Malaysia menghentikan eksport sehingga 3.6 juta ayam mulai 1 Jun yang turut menjejaskan bekalan ke Singapura.

Khairy Jamaluddin yang berada di sini selama empat hari sejak 31 Mei 2022 hingga 3 Jun untuk Felow Pertukaran Lee Kuan Yew, menjawab pertanyaan pemberita mengenai larangan eksport tersebut dalam mengawal harga dan menstabilkan bekalan ayam.

Iklan
Iklan

"Kami menghargai hubungan dua hala dengan Singapura. Jadi kami berharap ini adalah langkah sementara sehingga keadaan bekalan dan harga di Malaysia stabil.

"Jelas sekali, kami berada dalam situasi yang sangat sukar memandangkan isu rantaian bekalan berkait dengan isu makanan dan perubahan iklim yang telah menjejaskan masa yang diambil untuk ayam itik membesar dan memasuki pasaran. Jadi gabungan semua faktor itu telah menyebabkan kekurangan dalam bekalan dan membawa kepada harga yang tinggi di Malaysia.

Iklan

"Walaupun negara sudah tentu akan mendahulukan keperluan makanan mereka sendiri, kami juga sedar bahawa kami mempunyai tanggungjawab sebagai pengeksport kepada negara jiran kami termasuk Singapura," katanya.

Bagaimanapun, Khairy berkata, keadaan semakin pulih.

Iklan

"Kami bekerjasama rapat dengan pengeluar ayam di Malaysia untuk memastikan mereka dapat meningkatkan pengeluaran. Kami juga sedang melihat makanan gantian untuk memastikan kami mempunyai bekalan makanan yang berpatutan untuk ayam itik.

"Apabila perkara ini selesai, sudah tentu kami berharap untuk meneruskan eksport ayam, itik kami termasuk ke Singapura," katanya.

Agensi Makanan Singapura (SFA) berkata kira-kira 34 peratus daripada import ayam Singapura pada 2021 adalah dari Malaysia dan hampir kesemuanya diimport sebagai ayam hidup yang disembelih dan disejukkan di Singapura - Bernama