[VIDEO] Muhyiddin akan namakan pengganti Zuraida di kabinet: Wan Saiful
Iklan
Wan Saiful Wan Jan
SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menamakan calon sesuai daripada parti itu bagi menggantikan Ahli Parlimen Ampang, Datuk Zuraida Kamaruddin dalam jawatan kabinet.
Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata, ia susulan tindakan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi parti itu yang mengumumkan keluar Bersatu dan berhasrat meletak jawatan sebagai sebagai Menteri Perladangan dan Komoditi.
Iklan
Iklan
Beliau berkata, tindakan Zuraida itu merupakan sesuatu yang sudah dijangka dan tidak mengejutkan.
Katanya, ini kerana Bersatu sebelum ini telah membincangkan mengenai kedudukan Zuraida selepas meneliti tindakan terkini pemimpin tersebut.
Iklan
"Surat tunjuk sebab juga telah dikeluarkan hasil daripada pertimbangan tersebut.
Biro Politik Bersatu juga sebenarnya telah mengambil ketetapan mengenai kedudukan beliau dalam parti.
Iklan
"Kerana itulah, bagi saya, tindakan Datuk Zuraida bukan satu perkara mengejutkan kerana ia memang telah dijangka.
"Dalam keadaan seluruh negara sedang bercakap mengenai peri pentingnya kestabilan politik, nampaknya YB Datuk Zuraida bertindak berdasarkan pertimbangan sendiri sahaja,” katanya menerusi satu hantaran di Facebooknya pada Khamis.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="PRN Melaka: Baharu hari kelima kempen, Farzana sudah masuk gear lima"><meta itemprop="description" content="Belum pun memasuki separuh tempoh berkempen, calon muda Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Klebang, Farzana Hayani Mohd Nasir sudah masuk gear lima dengan menggerakkan jentera secara agresif dalam usaha mendekati pengundi di kawasan itu.
Farzana, 26, yang mesra disapa Nana berkata, sekitar 30 ke 40 peratus kawasan itu sudah dikunjunginya sejak kempen rasmi bermula melalui turun padang dengan mengunjungi kawasan perumahan dan kampung bertemu penduduk dengan menaiki motosikal.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803189/berita/politik/prn-melaka-baharu-hari-kelima-kempen-farzana-sudah-masuk-gear-lima
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNMelaka #PH #calonDunKlebang"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-04T04:11:53.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P236S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbtdsnu"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbtdsnu"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbtdsnu"></script>