Wartawan kerja murni, sanggup risiko diri demi salur maklumat
Iklan
Datuk Seri Mohammad Mentek ketika hadir ke Wisma Bernama untuk Program Ruang Bicara bertajuk 'Mengangkat Suara Jelata, Mendukung Aspirasi Negara' pada Rabu. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR - Wartawan merupakan kerjaya yang murni dan dianggap sebagai wira tidak didendang kerana sanggup mengharungi bahaya termasuk merisikokan diri demi melaksanakan tugas.
Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM), Datuk Seri Mohammad Mentek berkata, profesion itu juga sentiasa diperlukan negara dalam menyalurkan pelbagai maklumat kepada masyarakat.
Iklan
Iklan
"Sejak 1992 sehingga kini di seluruh dunia, sebanyak 1,500 wartawan terkorban semasa bertugas...itulah pengobanan mereka dan sebab itu nak jadi wartawan ini perlu ada keberanian, kesungguhan dan komitmen termasuk menyediakan berita dengan cepat.
Kami sentiasa menghargai segala pengorbanan yang diberikan wartawan...masa saya (bertugas) di ESSCom (Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah) dulu, bila berlaku penculikan pada 2 pagi, pada 2.30 pagi saya sudah dapat panggilan daripada wartawan untuk dapat maklumat terkini untuk disampaikan kepada masyarakat, malah dalam operasi juga mereka ikut sekali untuk ke pulau naik bot, hujan atau ribut juga mereka ikut,” katanya.
Iklan
Beliau berkata demikian dalam program Ruang Bicara bertajuk"Mengangkat Suara Jelata, Mendukung Aspirasi Negara” terbitan Bernama TV hari ini. Tajuk itu mengangkat tema Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2022,"Suara Jelata, Aspirasi Negara” yang akan disambut pada Ahad ini di Melaka.
Ditanya sama ada laporan yang disampaikan media rasmi kerajaan masih relevan dan meyakinkan, beliau berkata Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) menawarkan berita dan maklumat yang sahih serta berwibawa.
Iklan
Katanya, media alternatif masih bergantung kepada RTM dan Bernama dan menjadikan dua sumber ini sebagai rujukan untuk memastikan sebarang makumat yang disampaikan tidak meragukan. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="KLIA makin canggih, penyeludup dadah beralih ke lapangan terbang lain termasuk Pulau Pinang, Kota Bharu - PM"><meta itemprop="description" content="KLIA makin canggih, penyeludup dadah beralih ke lapangan terbang lain termasuk Pulau Pinang, Kota Bharu - PM
Penyeludup dadah kini dipercayai beralih menggunakan lapangan terbang lain termasuk di Pulau Pinang dan Kota Bharu selepas menyedari penggunaan teknologi pengesanan lebih canggih di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perubahan taktik itu menyebabkan kerajaan perlu memperluas penggunaan teknologi kamera litar tertutup (CCTV) analitik kecerdasan buatan (AI) bagi mengesan kegiatan penyeludupan dadah di pintu masuk negara.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803074/berita/nasional/klia-makin-canggih-penyeludup-dadah-beralih-ke-lapangan-terbang-lain-termasuk-pulau-pinang-kota-bharu---pm
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #parlimen #sidangdewanrakyat #pm #isuseludupdadah"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-03T06:19:16.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P98S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbt1wtu"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbt1wtu"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbt1wtu"></script>