KUALA LUMPUR - Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 akan dipinda dalam usaha memperkemas peraturan sedia ada untuk mengekang kecuaian dan kemalangan di tempat kerja, kata Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Mahfuz Omar.
Beliau berkata Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di bawah kementerian itu kini sedang menggubal peraturan kerja bina bagi dimasukkan di bawah akta tersebut sekali gus akan menjadi mandatori kepada empunya, pereka bentuk, pembina dan kontraktor yang terlibat dalam industri pembinaan.