KPM perkukuh pendidikan digital di sekolah
Iklan
Mohd Radzi (kanan) meninjau sesi pembelajaran di Bexleyheath Academy, United Kingdom. - Foto FB Dr Radzi Jidin
SHAH ALAM - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) kini dalam usaha untuk memperkukuhkan pendidikan digital di sekolah bagi mendapatkan impak yang optimum.
Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata, keseluruhan ekosistem pendidikan negara perlu bersama-sama bergerak ke arah perubahan bagi meningkatkan kualiti pendidikan demi generasi pewaris negara.
Iklan
Iklan
"Saya telah mengadakan lawatan ke Bexleyheath Academy, United Kingdom untuk meninjau pengoperasian sekolah yang merupakan salah satu daripada 57 buah sekolah di bawah Academies Enterprise Trust (AET).
"Dalam lawatan itu, Pengetua Bexleyheath Academy telah berkongsi bagaimana transformasi sekolah ke arah pendidikan digital dilaksanakan.
Iklan
"Kami juga sempat berjumpa dengan pelajar yang berkongsi pengalaman dan cabaran mereka dalam fasa perubahan mengikuti pendidikan secara digital,” katanya dalam perkongsian di laman Facebook beliau pada Sabtu.
Mohd Radzi (kiri) diberikan penerangan mengenai pengoperasian Bexleyheath Academy, United Kingdom. - Foto FB Dr Radzi Jidin
Jelas Mohd Radzi, secara keseluruhan, kejayaan transformasi pendidikan sekolah tersebut melibatkan komitmen yang tinggi daripada seluruh warga sekolah.
Iklan
Justeru, beliau melihat pentadbir dan guru memainkan peranan penting dalam penyediaan kurikulum serta menerajui penggunaan teknologi untuk pengajaran dan pembelajaran.
"Begitu juga dengan penglibatan AET membantu pihak sekolah dalam pelbagai aspek, termasuk pengukuhan tenaga pengajar,” ujar beliau.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="KPKT sasar satu pasar awam setiap negeri jadi produk pelancongan"><meta itemprop="description" content="KPKT sasar satu pasar awam setiap negeri jadi produk pelancongan
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menyasarkan sekurang-kurangnya sebuah pasar awam di setiap negeri dibangunkan sebagai mercu tanda dan destinasi pelancongan bagi menarik lebih ramai pengunjung, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, sasaran itu memberi tumpuan kepada pasar awam berpotensi, khususnya di kawasan pelancongan serta ibu negeri menerusi pendekatan transformasi reka bentuk dan kemudahan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/806572/berita/nasional/kpkt-sasar-satu-pasar-awam-setiap-negeri-jadi-produk-pelancongan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #kpkt #pasarawam #produkpelancongan"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-29T05:18:06.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P111S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xc0xqom"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xc0xqom"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xc0xqom"></script>