Kerajaan mungkin perkenalkan mekanisme bahan api bersasar: Azmin
Iklan
Kerajaan mungkin perkenalkan mekanisme bahan api yang disasarkan untuk mengurangkan kesan kenaikan harga minyak mentah (Gambar hiasan). - Foto 123RF
KUALA LUMPUR - Kerajaan berkemungkinan memperkenalkan mekanisme bahan api yang disasarkan untuk mengurangkan kesan kenaikan harga minyak mentah terutamanya bagi golongan berpendapatan rendah, kata Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Beliau berkata, kerajaan masih mengusahakan struktur yang sesuai berikutan lonjakan ketara dalam unjuran subsidi bahan api untuk 2022 kepada RM28 bilion berbanding RM11 bilion pada 2021.
Iklan
Iklan
"Kami bercakap tentang semakan itu dalam pemukiman (retreat) khas baru-baru ini.
"Mereka yang mempunyai BMW tidak boleh menikmati subsidi yang sama seperti mereka yang mempunyai Kancil," katanya semasa sidang akhbar mengenai Misi Perdagangan dan Pelaburan ke Amerika Syarikat pada Sabtu.
Iklan
Bulan lepas, Petronas Dagangan Bhd memaklumkan ia telah bekerjasama rapat dengan Kementerian Kewangan berhubung mekanisme subsidi bahan api berikutan peningkatan harga minyak mentah di peringkat global.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed juga berkata, kerajaan masih mengusahakan struktur yang sesuai untuk mekanisme bahan api yang disasarkan yang dijangka siap tidak lama lagi. - Bernama
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Tarif elektrik: Kerajaan perkenal konsep bayar ikut penggunaan tahun depan"><meta itemprop="description" content="Tarif elektrik: Kerajaan perkenal konsep bayar ikut penggunaan tahun depan
Kerajaan akan memperkenalkan konsep bayaran elektrik berdasarkan penggunaan sebenar mulai tahun depan bagi memastikan agihan kos yang lebih adil, selain melindungi kepentingan pengguna domestik.
Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, Suruhanjaya Tenaga (ST) telah dipertanggungjawabkan untuk menjalankan kajian terperinci bagi menilai pendekatan yang bersesuaian termasuk pelaksanaan konsep user pay basis.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/800549/berita/nasional/tarif-elektrik-kerajaan-perkenal-konsep-bayar-ikut-penggunaan-tahun-depan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #TarifElektrik"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-10-15T06:07:36.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P108S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbnlc1q"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbnlc1q"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbnlc1q"></script>