Ops Cegah: Wanita hamil 5 bulan dicekup
Iklan
Wanita berkenaan ketika disoal siasat Pegawai AADK.
KUALA PILAH - Seorang wanita hamil lima bulan antara lima yang ditahan dalam Ops Cegah oleh Unit Penguatkuasaan dan Keselamatan Agensi Antidadah Kebangsaan (ADDK) Kuala Pilah.
Pegawai AADK Daerah, Rozita Muhammad Rusli berkata, penahanan tersebut dilakukan ketika operasi selama dua hari pada 21 hingga 22 Mac lalu.
Iklan
Iklan
"Wanita berusia 21 tahun itu ditahan bersama teman lelakinya yang berusia 22 tahun kira-kira jam 2.30 pagi di rumah lelaki terbabit di Felda Kepis.
"Operasi tersebut berdasarkan hasil risikan Unit Penguatkuasaan serta maklumat orang awam yang mana empat lelaki Melayu serta seorang wanita Melayu berumur antara 22 hingga 33 tahun berjaya dicekup.
Iklan
"Operasi yang bermula pada jam 10 malam dan berakhir 7 pagi membabitkan sembilan anggota itu telah memeriksa 10 buah rumah dan sebuah kabin,” katanya.
Rozita berkata, hasil ujian air kencing mendapati empat di antaranya positif methamphetamine dan seorang positif opiate.
Iklan
"Kesemua mereka dibawa ke pejabat AADK Kuala Pilah untuk proses dokumentasi serta siasatan lanjut.
"Hasil siasatan mendapati dua di antara mereka merupakan Orang Kena Pengawasan (OKP) daerah Kuala Pilah, manakala wanita itu turut mengaku baru sahaja mengambil dadah jenis methamphetamine tiga hari sebelum dia ditahan,” katanya.
Sementara itu katanya, suspek wanita tersebut mendedahkan kehamilannya itu adalah yang kedua membabitkan anak luar nikah di mana anak pertamanya telah diserahkan kepada saudaranya sejak dilahirkan.
"Kes kini disiasat mengikut Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah 1983,” katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Seleweng RM150,000: Bekas ejen insurans dipenjara dua tahun, tiga sebatan"><meta itemprop="description" content="Seleweng RM150,000: Bekas ejen insurans dipenjara dua tahun, tiga sebatan
Seorang bekas ejen insurans dijatuhi hukuman penjara dua tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen Seremban pada Jumaat selepas mengaku bersalah menyalahgunakan wang pelanggannya berjumlah RM150,000, empat tahun lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.
Hakim Shahrul Rizal Majid menjatuhkan hukuman itu terhadap Ahmad Zul Ariff Ismail, 39, selepas pertuduhan dibacakan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/785324/edisi/melaka-ns/seleweng-rm150000-bekas-ejen-insurans-dipenjara-dua-tahun-tiga-sebatan
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Seleweng #EjenInsurans #Mahkamah"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-06-26T06:17:31.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P111S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xaiy6nu"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xaiy6nu"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xaiy6nu"></script>