KUARTET 4x100m lelaki berjaya mempamerkan aksi terbaik pada Sukan SEA Hanoi 2021 di Stadium My Dinh pada Isnin apabila merangkul perak dengan memecahkan rekod kebangsaan acara itu.
Gandingan mantap Muhammad Azeem Mohd Fahmi yang menerima gelaran 'Úsain Bolt' Malaysia, Muhammad Arsyad Md Saat, Muhammad Zulfiqar Ismail dan juara bertahan acara 100m lelaki, Muhammad Haiqal Hanafi berjaya menamatkan larian dalam masa 39.09s.