Ambil langkah berjaga-jaga, elak strok haba
Iklan
KUALA LUMPUR- Berikutan peningkatan suhu dan cuaca yang semakin panas, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menasihatkan orang ramai supaya mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengelak daripada mengalami strok haba.
Menerusi satu hantaran di Facebook pada Isnin, beliau mencadangkan orang ramai supaya sentiasa meminum air yang mencukupi, mengelak daripada melakukan senaman yang sukar dan tidak perlu, berada di kawasan yang lebih nyaman dan redup selain daripada memantau simptom keletihan kerana kepanasan dan strok haba.