Najib selar dakwaan Mukhriz berkaitan isu SEB

Iklan
Najib

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyelar dakwaan Presiden Parti Pejuang Tanahair (Pejuang), Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang mengatakan beliau mahu menyalahgunakan dana rizab negara dalam menyelamatkan Sapura Energy Berhad (SEB).

Menurutnya, tindakan untuk meminta kerajaan membantu syarikat perkhidmatan minyak dan gas kedua terbesar di dunia itu adalah kerana ia mempunyai kepentingan strategik atau peluang menyelamatkannya adalah cerah.

Iklan
Iklan

"Dia (Mukhriz) pun petik nama orang Melayu tanpa sedar bahawa kerajaan ayah dia juga yang gunakan wang Amanah Saham Bumiputera (ASB) orang Melayu sebanyak RM2.7 bilion pada tahun 2019 untuk bailout Sapura dan menjadikannya sebagai syarikat GLC (Syarikat Berkaitan Kerajaan).

"Kini Najib nak selamatkan wang orang Melayu yang telah dipertaruhkan dan telah hilang sebanyak 95 peratus nilainya bagi pelaburan dalam Sapura ini.

Iklan

"Dia pula suruh orang Melayu jangan selamatkan dana orang Melayu,” katanya dalam satu hantaran di Facebooknya pada Ahad.

Pada Ahad, Mukhriz berkata, saranan Najib agar Petronas wajar menyelamatkan Sapura Energy seharusnya disanggah oleh rakyat, khususnya orang Melayu.

Iklan

Jelas Mukhriz, ini kerana ia menyerlahkan sikap Najib dan kepimpinan UMNO yang tanpa segan silu ingin menyalahgunakan dana rizab negara untuk perkara yang bercanggah dengan tujuan mutlak rizab itu.

Menurut Mukhriz lagi, niat di sebalik kenyataan Najib itu juga dilihat bertentangan dengan tujuan penubuhan Dasar Ekonomi Baru (DEB).

Mengulas lanjut, Najib menjelaskan, sepanjang pemerintahannya, hanya tiga bailout sahaja yang pernah dilakukan iaitu Silterra, Proton dan Malaysia Airlines.

Beliau turut mendakwa bahawa semasa pemerintahan Ahli Parlimen Langkawi, Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri, banyak bailout yang dilakukan dan kesemuanya gagal.

"Ayah kamu adalah bapa segala bailout tidak jadi. Kaki bailout termasuk Maminco, Bank Bumiputra, Bank Negara Malaysia, Siltera, Renong/UEM, Time, LRT1, LRT2, Monorail, Indrakota, Indah Water dan syarikat perkapalan abang kamu (Mirzan).

"Tiadapun kamu kata Sapura Energy ini tidak patut dibailout semasa Sapura dibantu kerajaan Pakatan Harapan pada tahun 2019,” ujarnya.

Tambah Najib, ia mengarahkan kerajaan untuk membantu Sapura bukan untuk kepentingan peribadinya.

"Kepentingan peribadi saya dekat mana? Bekas ketua pegawai eksekutif itu penyokong kuat ayah kamu. Perniagaannya dibina masa ayah kamu jadi Perdana Menteri keempat. Bukanlah kroni saya.

"Orang nak bincang berhubung Sapura, dia pun nak tambah sepatah dua. Tapi dia tidak sedar pula apa yang dia cakap itu amatlah bebal, hipokrit dan memakan diri,” jelasnya.