HFMD meningkat 25 kali ganda di Negeri Sembilan berbanding tahun lalu
Iklan
Foto 123RF
SEREMBAN - Sebanyak 1,446 kes penyakit kaki, tangan dan mulut (HFMD) direkodkan di Negeri Sembilan dalam tempoh Januari hingga Jumaat.
Exco Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Sembilan, S Veerapan berkata, jumlah berkenaan menunjukkan peningkatan 25 kali ganda berbanding tempoh sama tahun lalu.
Iklan
Iklan
"Daerah Seremban telah mencatatkan jumlah kes HFMD yang paling tinggi iaitu sebanyak (834 kes), diikuti oleh Port Dickson sebanyak (184 kes), Jempol dan Rembau masing-masing sebanyak (140 kes).
"Selain itu Kuala Pilah sebanyak (66 kes), Tampin (53 kes) dan Jelebu (29 kes)," katanya dalam satu kenyataan kepada media pada Jumaat.
Iklan
Menurutnya, kumulatif wabak HFMD di Negeri Sembilan pada tahun ini adalah sebanyak 30 wabak dan hanya satu wabak HFMD yang masih aktif iaitu di daerah Jempol.
Beliau berkata, peningkatan kes yang ketara pada tahun ini berbanding tahun lalu disebabkan pembukaan semula sektor pendidikan dan tempat-tempat awam.
Iklan
"Antara tindakan yang telah dilakukan adalah melakukan aktiviti promosi langkah pencegahan HFMD, melakukan pemantauan ke premis-premis tadika dan pusat jagaan kanak-kanak, serta melakukan penutupan premis bagi yang mempunyai wabak HFMD.
"Ibu bapa atau penjaga dinasihatkan sentiasa memantau kesihatan anak masing-masing," katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="MB sahkan proklamasi penurunan takhta Tuanku Muhriz diputuskan semua Exco Negeri Sembilan"><meta itemprop="description" content="MB sahkan proklamasi penurunan takhta Tuanku Muhriz diputuskan semua Exco Negeri Sembilan
Menteri Besar, Datuk Ismail Lasim mengesahkan proklamasi penurunan takhta Tuanku Muhriz Tuanku Munawir sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.
Beliau berkata, perkara itu telah diputuskan secara sebulat suara oleh semua ahli Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMK) pada mesyuarat 15 September lalu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/796689/edisi/melaka-ns/mb-sahkan-proklamasi-penurunan-takhta-tuanku-muhriz-diputuskan-semua-exco-negeri-sembilan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #KrisisNegeriSembilan #Proklamasi"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-17T05:42:13.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P86S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xb8thwm"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xb8thwm"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xb8thwm"></script>