Majlis Rumah Terbuka PM dilanjutkan sehingga selesai

Iklan
Orang ramai memasuki pekarangan Kompleks Seri Perdana bagi menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Perdana Menteri dan Anggota Jemaah Menteri 2022, pada Ahad. - Foto Bernama

PUTRAJAYA - Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Perdana Menteri dan Anggota Jemaah Menteri 2022, di Seri Perdana dilanjutkan sehingga selesai.

Pejabat Perdana Menteri memaklumkan, keputusan itu dibuat selepas melihat masih terlalu ramai pengunjung beratur walaupun ia ditutup pada jam 4 petang.

Iklan
Iklan

Menurutnya, sehingga jam 4.30 petang, jumlah kehadiran pengunjung melebihi 100,000.

"Sehingga kini lebih 100,000 pengunjung. Disebabkan sambutan luar biasa dan tidak dijangka, rumah terbuka dilanjutkan sehingga jam 6 petang.

Iklan

"Ini merupakan pertama kali dalam sejarah tetamu seramai ini. Bermula jam 8 pagi Keluarga Malaysia mula beratur.

"Program sepatutnya bermula 10 pagi dan terpaksa dimulakan seawal 9 pagi. Perdana Menteri tidak sampai hati melihat Keluarga Malaysia beratur panjang menunggu giliran,” ujarnya pada Ahad.

Iklan
Situasi di dalam khemah utama Rumah Terbuka Perdana Menteri dan Jemaah Menteri.

Majlis dengan tema ‘Raya Keluarga Malaysia, Syawal Dirai, Nikmat Disyukuri’ itu merupakan rumah terbuka pertama dihoskan Datuk Seri Ismail Sabri selepas dilantik sebagai perdana menteri pada 20 Ogos 2021 lalu.

Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Perdana Menteri dan Anggota Jemaah Menteri sudah dua tahun tidak dapat diadakan kerana pandemik Covid-19.

Kebiasaannya majlis rumah terbuka perdana menteri dan anggota jemaah menteri diadakan pada 1 Syawal, tahun ini ia diadakan pada 7 Syawal yang jatuh pada 8 Mei.

Dianggarkan lebih 70,000 orang akan berkunjung dengan latar belakang konsep suasana kampung selain dihidangkan juadah tradisi ala desa.

Majlis dijadualkan berlangsung dari 10 pagi hingga 4 petang.