Angka korban runtuhan bangunan di China meningkat 53 orang

Iklan
Pihak berkuasa sedang berusaha mengeluarkan berpuluh-puluh lagi mangsa yang terperangkap. - Foto: AP

BEIJING - Angka korban akibat kejadian bangunan runtuh di bandar Changsha di China meningkat kepada 53 orang, lapor Sputnik memetik China Central Televisyen (CCTV) pada Jumaat.

Sebuah bangunan enam tingkat runtuh di daerah Wangcheng di bandar Changsha berhampiran Institut Perubatan Changsha pada 29 April.

Iklan
Iklan

Pasukan penyelamat berjaya menyelamatkan 10 orang manakala 53 lagi terkorban.

Operasi mencari dan menyelamat telah dihentikan.

Iklan

Sebelum ini, media melaporkan jumlah mangsa terkorban seramai 26 orang.

Menurut pihak berkuasa China, bangunan itu dibina tanpa sebarang kebenaran dan pihak berkuasa telah menahan sembilan orang.- Bernama

Iklan