Padah menyamar penjawat awam
Iklan
Kesemua tertuduh didenda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret Tampin.
TAMPIN - Tiga sahabat masing-masing didenda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret Tampin hari ini, atas pertuduhan menyamar penjawat awam untuk mendapatkan sumbangan, minggu lalu.
Majistret Tan Chai Wei menjatuhkan hukuman itu terhadap Azmir Aznan, 44; Muhd Azali Mohamed Yusof, 50; dan Zainudin Sanip, 52, selepas kesemua mereka mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan oleh jurubahasa.
Iklan
Iklan
Mahkamah turut memerintahkan tertuduh dipenjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.
Mengikut pertuduhan, mereka bersama-sama menyamar sebagai penjawat awam bagi tujuan mengutip sumbangan makan malam persatuan.
Iklan
Perbuatan itu dilakukan di sebuah premis di Kawasan Perindustrian Kecil Gemas di sini, pada jam 12.40 tengah malam, 19 Mac lalu.
Berikutan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 170 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun, denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Iklan
Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Fuad Ramlan manakala ketiga-tiga tertuduh tidak diwakili peguam.
Mengikut fakta kes, tertuduh ke premis pengadu dan memperkenalkan diri dari Jabatan Imigresen, Jabatan Alam Sekitar (JAS) serta polis meminta sumbangan bagi jamuan makan malam jabatan berjumlah RM3,000.
Bagaimanapun, pengadu menyerahkan wang RM100 sebelum tertuduh memberikan resit bayaran dan beredar.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Seleweng RM150,000: Bekas ejen insurans dipenjara dua tahun, tiga sebatan"><meta itemprop="description" content="Seleweng RM150,000: Bekas ejen insurans dipenjara dua tahun, tiga sebatan
Seorang bekas ejen insurans dijatuhi hukuman penjara dua tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen Seremban pada Jumaat selepas mengaku bersalah menyalahgunakan wang pelanggannya berjumlah RM150,000, empat tahun lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.
Hakim Shahrul Rizal Majid menjatuhkan hukuman itu terhadap Ahmad Zul Ariff Ismail, 39, selepas pertuduhan dibacakan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/785324/edisi/melaka-ns/seleweng-rm150000-bekas-ejen-insurans-dipenjara-dua-tahun-tiga-sebatan
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Seleweng #EjenInsurans #Mahkamah"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-06-26T06:17:31.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P111S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xaiy6nu"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xaiy6nu"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xaiy6nu"></script>