Pejabat ADUN diconteng perkataan berbaur provokasi

Iklan
Pegawai polis melakukan siasatan di tempat kejadian.

BUKIT MERTAJAM - Pusat Khidmat ADUN Padang Lalang yang terletak di Taman Betik Manis di sini menjadi sasaran pihak tidak bertanggungjawab apabila diconteng dengan perkataan yang berunsur provokasi pagi tadi.

Perkara itu disedari kakitangan pusat khidmat terbabit ketika mahu membuka pejabat berkenaan kira-kira jam 9 pagi.

Iklan
Iklan

Pembantu peribadi kepada ADUN Padang Lalang,G Jothi Jhen Hao berkata, kejadian berkenaan pertama kali berlaku dan pihaknya tidak mengesyaki sesiapa.

Menurutnya, sebelum ini pejabat ADUN Padang Lalang terletak di bahagian atas rumah kedai terbabit dan mereka telah berpindah di bahagian bawah sejak beberapa bulan lalu.

Iklan

"Kita kesal dengan perbuatan tidak bertanggungjawab ini dan tidak tahu apakah motif sebenar mereka.

Jothi menunjukkan contengan pada pintu pusat khidmat ADUN Padang Lalang.

"Selepas ini kita akan memasang kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan pejabat dan berharap kejadian sama tidak berlaku lagi," katanya ketika dihubungi di sini.

Iklan

ADUN Padang Lalang, Chong Eng juga merupaka Exco Pembangunan Wanita dan Keluarga, Keterangkuman Gender dan Agama Selain Islam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian berkenaan.

Katanya, sepasukan polis telah ke lokasi kejadian untuk melakukan pemeriksaan.

"Hasil siasatan di tempat kejadian mendapati premis berkenaan tiada CCTV dan CCTV berhampiran pusat khidmat itu pula tidak berfungsi dengan baik.

"Bagaimanapun siasatan akan diteruskan bagi memburu pelaku perbuatan berkenaan dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana perbuatan khianat," katanya.