IPT tidak dibenarkan naikkan yuran: KPT
Iklan
KUALA LUMPUR - Institut pengajian tinggi (IPT) tidak dibenarkan menaikkan yuran pengajian berdasarkan keputusan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) yang menetapkan moratorium ke atas kenaikan yuran sejak semester kedua sesi akademik 2019/2020 susulan pandemik Covid-19.
Kementerian itu dalam kenyataan pada Sabtu menjelaskan bagi universiti awam (UA) ketika ini kerajaan masih menanggung sepenuhnya kos operasi mereka.