Thales minta siasatan sogokan jualan kapal selam ke Malaysia dibatal

Iklan
Thales meminta mahkamah Perancis membatalkan siasatan dakwaan sogokan penjualan kapal selam kepada Malaysia. - Foto AFP
PARIS - Syarikat pertahanan Perancis, Thales telah meminta supaya membatalkan siasatan berhubung dakwaan sogokan ke atas penjualan kapal selam kepada Malaysia yang berlaku pada tahun 2002.

Thales memohon Mahkamah Rayuan Paris membatalkan siasatan terhadap dakwaan itu.

Syarikat Thales menyatakan demikian melalui e-mel kepada agensi berita Reuters pada Rabu lalu.

Iklan
Iklan

Baru-baru ini, akhbar Perancis, Le Parisien dan agensi berita AFP melaporkan bahawa seorang hakim Perancis telah meletakkan Thales di bawah siasatan rasmi berhubung tuduhan berkaitan kontrak yang dimeterai oleh Thales Asia dan pembina kapal perang yang dikawal Perancis, DCN International (DCNI) ke atas penjualan tiga buah kapal selam kepada Malaysia pada tahun 2002.

Pejabat Pendakwa Raya Kewangan Perancis berkata dalam e-mel kepada Reuters bahawa syarikat Thales telah diletakkan di bawah penyiasatan rasmi atas dakwaan terlibat dalam rasuah aktif ejen asing dan DCNI telah diletakkan di bawah siasatan rasmi kerana rasuah ejen asing.

Iklan

Tuduhan itu berkaitan dengan kontrak yang dimeterai oleh Thales Asia dan pembina kapal perang yang dikawal DCNI ke atas penjualan tiga buah kapal selam kepada Malaysia pada tahun 2002.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ialah Menteri Pertahanan apabila perjanjian perniagaan ditandatangani bagi membolehkan Malaysia membeli dua buah kapal selam kelas Scorpene dan satu kapal selam Agosta daripada Unit Limbungan Tentera Laut Perancis DCN yang kini sebahagian daripada Thales.

Iklan

Perjanjian itu bernilai AS$1.2 bilion (RM5.22 bilion). - Agensi