Gangguan sistem semakan tak jejas daftar pemilih
Iklan
KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memberi jaminan maklumat pemilih dalam pangkalan data SPR tidak terjejas termasuk Daftar Pemilih Piihan Raya (DPPR) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Rantau, Negeri Sembilan.
Pengerusi SPR, Azhar Azizan Harun berkata demikian dalam kenyataan hari ini berikutan masalah teknikal yang berlaku bagi semakan nama pemilih melalui aplikasi mySPR Semak dan Portal SPR suruhanjaya itu.
Iklan
Iklan
Katanya, kedua-dua kemudahan semakan tersebut kini boleh diakses semula mulai pukul 8 malam tadi.
"SPR memohon maaf di atas kesulitan yang berlaku. Ini adalah disebabkan masalah teknikal yang berlaku di mana aplikasi berkenaan tidak dapat berhubung dengan pangkalan data utama pengundi,” katanya.
Iklan
Beliau berkata daftar pemilih pilihan raya bagi PRK DUN Rantau telah mula dijual pada 14 Mac lalu.
"SPR juga dijadualkan akan mengedarkan voter's card (kad pengundi) mulai Rabu (27 Mac) kepada semua pengundi bagi PRK DUN N.27 Rantau," katanya. - Bernama
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Laporan siasatan pemilikan saham Azam diserahkan minggu depan"><meta itemprop="description" content="Jawatankuasa khas yang ditubuhkan bagi menyiasat isu pemilikan saham oleh Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki dijangka menyerahkan laporan siasatan kepada kerajaan pada minggu depan.
Jurucakap Kerajaan Madani, Datuk Fahmi Fadzil berkata, jawatankuasa khas itu yang dipengerusikan Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar kini hampir selesai proses siasatan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/769691/berita/nasional/laporan-siasatan-pemilikan-saham-azam-diserahkan-minggu-depan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
Jom sertai World #QuranHour 2026 bertemakan Membentuk Manusia Sebelum Membina Dunia.
Daftar di sini untuk pendaftaran fizikal ke Lokasi Perdana:
https://ezy.la/WQH2026
atau daftar di sini untuk Lokasi Hotspot:
https://ezy.la/HOTSPOT
World #QuranHour #SurahAlMuzzammil #QumiLayl #BangkitMalam #Beritasemasa #isupemilikansahamazambaki #SPRM #FahmiFadzil"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-02-27T08:43:48.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/a7xvC1feLb58B93sa/x120"><meta itemprop="duration" content="P99S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=xa0tyz0"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="xa0tyz0"></script>