Lebih 250,000 pelancong keluar masuk negara dalam tempoh empat hari

Iklan
Gambar hiasan. - Foto: Bernama

KUALA LUMPUR - Lebih 250,000 pelancong antarabangsa telah keluar dan masuk ke negara ini dalam tempoh empat hari selepas sempadan dibuka bermula 1 April lepas, kata Timbalan Ketua Setiausaha (Kebudayaan) Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Datuk Saraya Arbi.

Beliau berkata, berdasarkan statistik itu, kementerian itu menjangkakan kedatangan pelancong antarabangsa ke Malaysia akan terus meningkat dari semasa ke semasa.

Iklan
Iklan

Sehubungan itu, menurutnya, MOTAC akan mengetengahkan beberapa program baharu bagi menarik kehadiran lebih ramai pelancong antarabangsa ke negara ini.

"Ada kelainan yang ingin kita sediakan kepada pelancong yang datang ke Malaysia, kerana kalau boleh kita tidak mahu program yang sama, ia perlu berbeza berbanding dulu," katanya selepas mengagihkan 150 pek makanan kepada petugas Bernama dan BernamaTV sempena Program Iftar Bersama kementerian itu di sini, pada Isnin.

Iklan

"Baru-baru ini MOTAC mengadakan IFTAR@KL yang berlangsung di Jalan Raja, begitu juga program Citrawarna Keluarga Malaysia 2022 yang diadakan di Kuching, Sarawak, dan kemungkinan besar akan ada lagi program baharu yang akan diketengahkan," katanya.

Sebelum ini Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata Malaysia dijangka menarik kunjungan dua juta pelancong antarabangsa tahun ini dengan perolehan RM8.6 bilion pendapatan pelancongan berikutan pembukaan semula sempadan negara. - Bernama

Iklan