PKR Cabang Gombak tidak perlukan ketua baharu
Iklan
Muhammad Husaini
GOMBAK - Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Gombak tidak perlukan ketua baharu dan yakin dengan kepimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari untuk mengemudi Gombak dan Selangor.
Calon Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Gombak, Muhammad Husaini Mohd Yunos berkata, PKR Cabang Gombak telah jauh meninggalkan fasa sukar dan siri pengkhianatan disebabkan Langkah Sheraton.
Iklan
Iklan
Menurutnya, Amirudin telah berusaha membina keyakinan kepada anggota parti Gombak untuk teguh bersama PKR.
"Ini jelas terbukti melalui kredibiliti dan kepemimpinan Amirudin yang kekal di tahap terbaik serta tidak terjejas sedikit pun kerana pengkhianatan bekas pemimpinnya.
Iklan
"Kerja keras ini bukan sahaja diakui oleh anggota bawahan tetapi Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut memberikan pujian secara terbuka menerusi program bersama anggota dan pimpinan masyarakat," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan bekas Pengerusi PKR Perak, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak dalam sebuah portal berita yang memberitahu mempunyai masalah kepercayaan dengan kepimpinan Amirudin sebagai Ketua PKR Cabang Gombak.
Iklan
Farhash akan mencabar Amirudin bagi jawatan Ketua PKR Cabang Gombak selain turut bersaing bagi kerusi Naib Presiden PKR.
Muhammad Husaini berkata, Farhash tidak perlu menjadi jaguh di Gombak susulan anggota parti tekad memberikan kepercayaan kepada Amirudin untuk kekal memimpin.
"Insya-ALLAH, kami berterima kasih dengan apa jua usaha dan daya memperkukuh parti di mana-mana tahap, namun kami istiqamah tidak memerlukan hero kesiangan untuk mengajar kami," katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="'Kalah atau menang PRN Johor, saya tetap Perdana Menteri'"><meta itemprop="description" content="'Kalah atau menang PRN Johor, saya tetap Perdana Menteri'
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kedudukannya sebagai Perdana Menteri tidak terjejas walau apa juga keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16.
Beliau yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) mengingatkan semua pihak supaya lebih berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan dan tidak menjadikan pilihan raya sebagai medan permusuhan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/786379/berita/politik/kalah-atau-menang-prn-johor-saya-tetap-perdana-menteri
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNJohor
Kempen PRN Johor 2026 dah bermula ?️
Jejaki data, peta DUN & simulator keputusan semuanya di satu tempat.
? pru.sinarharian.com.my"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-07-04T10:28:32.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P151S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xalbuji"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xalbuji"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xalbuji"></script>