BANDAR BAHARU - Polis menahan satu pasangan suami isteri yang disyaki terlibat dalam kes dera seorang kanak-kanak perempuan berumur tiga tahun, yang meninggal dunia di Hospital Jitra, semalam.
Ketua Polis Kedah, Komisioner Wan Hassan Wan Ahmad berkata, kanak-kanak itu dibawa ke hospital berkenaan kira-kira pukul 7.30 malam oleh ahli keluarganya selepas tidak sedarkan diri, dan hasil bedah siasat mendapati ada kesan lebam dan tekanan dipercayai dipijak pada anggota badan anak bongsu daripada tiga beradik itu.