Ali Hamsa tokoh disegani, dihormati sewaktu berkhidmat: PM
Iklan
SHAH ALAM - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyifatkan Allahyarham Tan Sri Ali Hamsa sebagai seorang tokoh pentadbiran perkhidmatan awam yang amat disegani dan dihormati sewaktu berkhidmat.
Menerusi hantaran di Facebooknya, Ismail Sabri berkata, pemergian bekas Ketua Setiausaha Negara itu satu kehilangan besar buat negara.
Iklan
Iklan
"Allahyarham merupakan Ketua Setiausaha Negara dari 2012 hingga 2018 dan seorang tokoh pentadbir Perkhidmatan Awam yang amat disegani serta dihormati sewaktu dalam perkhidmatan.
"Allahyarham menabur jasa dan bakti sepanjang perkhidmatannya dan pemergian Allahyarham merupakan kehilangan besar buat negara. Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh dan ditempatkan bersama para solihin,” katanya pada Khamis.
Iklan
Beliau turut menyampaikan ucapan takziah kepada seluruh keluarga Allahyarham dan mendoakan semoga mereka sabar serta tabah menghadapi dugaan itu.
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali pada Khamis memaklumkan Ali Hamsa meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospitla Dublin, Ireland.
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>