Khemah besar bukan penentu kemenangan PRU15
Iklan
Mohd Shafie menyampaikan sumbangan kepada golongan asnaf di Kampung Sembulan, Kota Kinabalu.
KOTA KINABALU - Pendekatan 'khemah besar' atau gabungan antara parti bukan penentu kemenangan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Presiden Parti Warisan (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, rakyat hanya mahu pilihan dan perubahan dalam kepimpinan.
Iklan
Iklan
"Kita beri keutamaan pada rumah kita dulu Warisan, kita tidak boleh terlalu fikir tentang khemah besar sana, khemah besar sini. Ada khemah besar di Melaka kalah, ada khemah besar di Sarawak pun kalah.
"Ini bukan soal khemah tetapi apa yang rakyat mahukan adalah pilihan, mereka mahu perubahan dalam kepimpinan," katanya kepada pemberita pada majlis berbuka puasa dengan masyarakat setempat di Kampung Sembulan di sini pada Selasa.
Iklan
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas keperluan pendekatan khemah besar yang dicadangkan Pakatan Harapan (PH) sebelum ini.
Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Semporna itu berkata, biarkan rakyat memilih dan putuskan pilihan mereka.
Iklan
"Saya rasa rakyat sudah putuskan bahawa tiada pilihan, jadi kita kena lihat perkara itu. Kita tidak boleh gesa orang untuk terima apa yang kita mahu, kita kena sesuaikan dengan perubahan, kemahuan di akar umbi.
"Rakyat mahu sesuatu yang berbeza, mereka mahukan perubahan, bukan sekadar kata-kata tetapi perbuatan," katanya.
Sebelum itu, dalam majlis terbabit seramai 115 golongan asnaf menerima sumbangan bakul makanan bagi kawasan Sembulan.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="PRN Johor: 'Kita tidak pernah bergaduh, bermanja dengan PH' - Ahmad Zahid"><meta itemprop="description" content="PRN Johor: 'Kita tidak pernah bergaduh, bermanja dengan PH' - Ahmad Zahid
 Barisan Nasional (BN) menegaskan tidak pernah bergaduh jauh sekali bermanja dengan Pakatan Harapan (PH) sepanjang kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, kedua-dua pihak mengekalkan hubungan profesional walaupun bertembung di gelanggang pilihan raya.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/786352/berita/politik/prn-johor-kita-tidak-pernah-bergaduh-bermanja-dengan-ph---ahmad-zahid
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNJohor #BN
Kempen PRN Johor 2026 dah bermula ?️
Jejaki data, peta DUN & simulator keputusan semuanya di satu tempat.
? pru.sinarharian.com.my"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-07-04T07:39:43.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P84S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xalavm2"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xalavm2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xalavm2"></script>