Abdul Latiff dilantik Pengerusi Yayasan Peneraju

Iklan
Abdul Latiff

KUALA LUMPUR - Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera (Yayasan Peneraju), menamakan Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad sebagai Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah berkuat kuasa 31 Mac, 2022.

Dalam kenyataan pada Isnin, Yayasan Peneraju menjelaskan, pelantikan Dr Abdul Latiff dijangka mampu merangsangkan dan memacu aspirasi pihaknya dalam memupuk dan membangunkan modal insan serta meningkatkan daya saing mereka dalam pelbagai sektor.

Iklan
Iklan

Ia menambah, Dr Abdul Latiff turut menyokong inisiatif Train & Place dengan beliau percaya program sedemikian mampu menangani isu kebolehpasaran terutama dalam kalangan lepasan pengajian tinggi baharu, belia dan kumpulan terpinggir.

"Inisiatif Train & Place, yang merupakan sebahagian daripada strategi penting untuk meningkatkan kemahiran tenaga kerja dan meminimumkan pengangguran, menawarkan pembiayaan penuh dan jaminan pekerjaan di syarikat Malaysia untuk mereka,” menurut Yayasan Peneraju.

Iklan

Yayasan Peneraju adalah agensi yang diberi mandat untuk meningkatkan kualiti, kuantiti dan kerelevanan bakat bumiputera dalam ekonomi berpendapatan tinggi melalui program pembiayaan akademik, pensijilan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), profesional, teknologi dan kepakaran.

Yayasan Peneraju sehingga kini telah membiaya lebih 46,000 individu dari seluruh negara, melalui 370 program pembiayaannya dan membekalkan tenaga kerja berkualiti bagi merapatkan jurang industri yang mempunyai permintaan tinggi. - Bernama

Iklan