Pusat hiburan saji GRO warga Thailand, Vietnam diserbu
Iklan
Warga asing yang ditahan dalam dua serbuan berasingan di sekitar Kuala Lumpur.
KUALA LUMPUR - Seramai tiga pelayan pelanggan (GRO) wanita warga asing ditahan dalam serbuan berasingan ke atas dua buah pusat hiburan di sekitar ibu negara di sini pada Sabtu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kontinjen Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, wanita warga Thailand dan Vietnam tersebut dipercayai melakukan kegiatan berkenaan sejak dua hingga tiga bulan yang lalu.
Iklan
Iklan
"Dalam serbuan pertama di sebuah pub di Taman Shamelin Perkasa pada jam 11.20 malam, seramai tiga pekerja lelaki dan lima pengunjung diperiksa.
Premis tersebut didapati tiada lesen sah. Polis menahan seorang GRO warga Vietnam berusia 37 tahun dan penjaga premis, seorang wanita tempatan berusia 36 tahun.
"Polis menahan dua GRO warga Thailand berusia 24 hingga 33 tahun dan seorang penjaga premis, lelaki warga tempatan berusia 22 tahun dalam serbuan kedua di sebuah premis di tingkat bawah, Boulevard Business Park, Jalan Kuching di Taman Wahyu," katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Iklan
Beliau berkata, seramai 36 orang diperiksa dalam serbuan kedua sekitar jam 12.40 tengah malam.
Katanya, modus operandi premis terbabit adalah dengan beroperasi secara terbuka untuk mengelakkan disyaki oleh pihak berkuasa.
Iklan
Habibi berkata, pusat hiburan tersebut menjadikan wanita warga asing sebagai penarik pelanggan dan mengenakan caj sehingga RM100 setiap jam untuk layanan GRO terbabit.
"Siasatan mendapati tiada perkhidmatan seks ditawarkan kepada pengunjung pusat hiburan terbabit.
"Kesemua individu ditahan untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 59b Akta Imigresen, 39b Peraturan-Peraturan Imigresen, dan Seksyen 4(1) Akta Hiburan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,"ujarnya.
Walaupun motosikal yang ditunggang tidak memenuhi spesifikasi ditetapkan, dua anggota polis trafik dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Marang tetap tampil membantu atas dasar kemanusiaan dengan menunda sebuah motosikal Yamaha RX-Z yang mengalami kerosakan sejauh tiga kilometer (km), lapor wartawan Sinar Harian, Norhaspida Yatim.
Sarjan Yufaiza Azha Yunos, 41, berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 5.30 petang pada Isnin di Jalan Marang-Bukit Payung (Bukit Kor) berhampiran sebuah universiti swasta yang tidak berpenghuni.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/768511/berita/semasa/abang-trafik-tunda-3km-rxz-rosak
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.