Ismail Sabri calon PM bukti kesepakatan UMNO
Iklan
Mohd Nizar - Foto www.ybnizarzakaria.com/profil/
IPOH - Keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO menamakan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai calon Perdana Menteri pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) menunjukkan tidak berlaku sebarang pertelingkahan antara pimpinan tertinggi parti itu.
Ketua UMNO Bahagian Parit, Datuk Mohd Nizar Zakaria berkata, keputusan itu juga menjadi bukti kepimpinan UMNO masih teguh bersatu.
Iklan
Iklan
Menurutnya, kesepakatan itu menunjukkan komitmen pimpinan utama parti dalam memastikan agenda membantu dan membela rakyat diteruskan.
"Sokongan yang diberikan Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamad Hassan menafikan desas-desus kononnya berlaku dominasi antara mereka.
Iklan
"Perkara ini merupakan keputusan terbaik UMNO daripada setiap dimensi sekali gus membantu parti merancang hala tuju termasuk kesiapsiagaan berhadapan PRU nanti," katanya ketika dihubungi di sini pada Jumaat.
Mohd Nizar berkata, UMNO merupakan sebuah parti yang mempunyai kelebihan dalam konteks semangat berasaskan Perlembagaan demi kestabilan parti dan negara.
Iklan
"Kita bermula dari akar umbi sampai ke pucuk pimpinan memahami bahawa UMNO lebih mengutamakan kestabilan parti dan negara. Inilah formula sebenar UMNO.
"Disiplin tinggi bermula dari peringkat cawangan, bahagian, Perhimpunan Agung UMNO dan MKT ini yang membentuk satu keputusan selari dengan mengambil kira segala bentuk kepentingan parti dan pandangan ahli," katanya.
Pada Khamis, Keputusan UMNO untuk mengekalkan Ismail Sabri sebagai calon Perdana Menteri bagi PRU-15 diterima baik para pemimpin UMNO serta pemimpin utama parti komponen Barisan Nasional (BN).
Antara menyokong ketetapan itu ialah Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid sambil menyifatkan ia bukti parti berkenaan bergerak sebagai sebuah pasukan.
BERITA SEMASA 28 APRIL 2024
Calon Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu, Khairul Azhari Saut berharap tiada lagi isu peribadi yang akan dijadikan 'peluru' untuk menyerangnya sepanjang kempen, lapor wartawan Sinar Harian, Diana Azis.
Pemangku Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor itu berkata, pengesahan daripada Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) mengenai taraf akademiknya itu telah 'menutup mulut' semua pihak yang mempertikaikan perkara berkenaan.
Kontroversi membabitkan taraf pendidikan Khairul Azhari rancak diperdebatkan susulan menimbulkan kekeliruan kerana beliau memiliki ijazah sarjana tanpa ijazah sarjana muda.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/661773/berita/politik/prk-kkb-calon-pn-harap-tiada-lagi-serangan-peribadi-semasa-kempen
Muzik: Elevate dari www.bensound.com