Lelaki Rohingya dituduh membunuh

Iklan
Laporan Sinar Harian pada 6 April lalu mengenai penemuan mayat seorang lelaki etnik Rohingya dengan kesan tikaman dipercayai dibunuh rakan senegara di sebuah rumah di Jalan Bukit Tembok di Seremban pada Rabu.

SEREMBAN - Seorang lelaki etnik Rohingya dihadapkan ke Mahkamah Majistret Seremban pada Jumaat atas pertuduhan membunuh rakan senegaranya awal bulan ini.

Tertuduh, Soyid Korim Zafor Huson, 40, hanya mengangguk faham dan tiada pengakuan direkodkan selepas kertas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohd Firdaus Saleh.

Iklan
Iklan

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa membunuh Jumin Hussin Mohamed, 19, di sebuah rumah di Jalan Bukit Tembok di sini.

Perbuatan itu dilakukan pada 5 April 2022 lalu pada jam 8.20 malam sehingga 6 April 2022 jam 8 pagi.

Iklan

Berikutan itu tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati.

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Muhaimin Mohd Azman manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Iklan

Mahkamah menetapkan 17 Mei depan sebutan semula kes.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan, mayat seorang lelaki etnik Rohingya ditemui dengan kesan tikaman di bahagian perut dipercayai dibunuh oleh rakan senegara di sebuah rumah di Jalan Bukit Tembok di sini.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, polis menerima maklumat berhubung kejadian itu kira-kira jam 10 pagi daripada orang awam.

Suspek bekerja sebagai buruh itu berjaya ditahan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Berat (D9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang di sebuah kedai pakaian di Pulau Pinang, kira-kira jam 2 petang Rabu.

Ujarnya, suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Tengah untuk proses dokumentasi sebelum dihantar ke IPD Seremban dan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan