Berani curi kabel depan orang ramai, Mohd Radzi desak siasatan menyeluruh

Iklan
Tangkap layar hantaran Treads Mohd Radzi pada Sabtu.

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin menggesa pihak berkuasa menjalankan siasatan menyeluruh terhadap kegiatan kecurian kabel yang berlaku secara terang-terangan di kawasan Jalan Tun Razak di sini.

Beliau berkata, rakaman video yang memaparkan kegiatan itu tular pagi Sabtu dan menunjukkan perbuatan mencuri kabel dilakukan di hadapan orang ramai.

Iklan
Iklan

Menurutnya, kegiatan kecurian kabel bukan perkara baharu kerana ia berlaku berulang kali dan memerlukan tindakan menyeluruh bagi menanganinya.

Tegas Mohd Radzi, beliau pernah membangkitkan isu berkenaan di Parlimen dengan mempersoalkan pihak yang membeli kabel curi serta tindakan yang boleh dikenakan terhadap mereka yang terbabit.

Iklan

Mohd Radzi berkongsi pandangan itu menerusi hantaran media sosial itu susulan penularan rakaman video berkenaan pagi ini.

Tangkap layar rakaman video tular yang memaparkan kegiatan itu pada pagi Sabtu.

Iklan

Beliau berkata, siasatan dan penguatkuasaan tidak seharusnya terhenti kepada individu yang melakukan kecurian semata-mata, sebaliknya perlu meliputi keseluruhan rantaian sindiket terbabit.

"Ini termasuk pihak yang terlibat dalam kegiatan mencuri, membeli dan menjual kabel curi," katanya.

Sehubungan itu, beliau meminta pihak berkuasa segera menyiasat kejadian yang dipaparkan dalam rakaman video berkenaan, mengenal pasti individu terbabit dan mengambil tindakan tegas mengikut undang-undang.

Tambahnya, kegiatan kecurian kabel yang menjejaskan kemudahan awam serta keselamatan rakyat memerlukan tindakan penguatkuasaan secara menyeluruh.