JPN Perlis laksana pembayaran tanpa tunai

Iklan
Perlis akan memulakan pembayaran tanpa tunai di sekolah akhir tahun ini. - Gambar hiasan

KUALA PERLIS - Jabatan Pendidikan Negeri Perlis akan memperkenalkan sistem pembayaran tanpa tunai di sekolah bermula akhir tahun ini.

Pengarahnya, Naharudeen Othman berkata, pembayaran tanpa tunai itu dapat digunakan pelajar dalam pelbagai urusan termasuk di kantin, koperasi, pejabat dan pinjaman buku.

Iklan
Iklan

"Kita sasar separuh sekolah di Perlis akan laksana pembayaran tanpa tunai menggunakan kad khas pada hujung tahun ini bagi memudahkan semua urusan pembayaran,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Beliau berkata, pelajar dari keluarga B40 juga dapat menggunakan kad tersebut dan bantuan yang diterima akan disalurkan terus menerusi kad tersebut.

Iklan

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) Mohd Nazim Mohd Noor berkata, sistem berkenaan merupakan satu pendekatan amat baik sekali gus mencapai tujuan sumbangan khususnya kepada pelajar golongan B40.

"Sistem ini juga boleh mendidik pelajar supaya memahami pengurusan kewangan dan galakkan ini akhirnya memberi kesan mendalam kepada pelajar,” katanya. - Bernama

Iklan