Peruntukan RM2.1 bilion diperlukan atasi banjir di Sungai Golok

Iklan
Keadaan banjir di kawasan Sungai Golok. - Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Peruntukan berjumlah RM2.156 bilion diperlukan bagi menyelesaikan keseluruhan masalah banjir di sepanjang Sungai Golok di Kelantan, kata Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.

Beliau berkata, projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Golok Fasa 1 sedang berjalan dan sudah mencapai kemajuan fizikal sehingga 50 peratus.

Iklan
Iklan

"Ia dijangka siap pada 13 Ogos 2024,” katanya menerusi catatan di akaun Facebook pada Selasa.

Menurut Tuan Ibrahim, rancangan projek akan dilaksanakan dalam dua fasa secara berterusan iaitu dari Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) hingga RMK-13.

Iklan

PLSB Sungai Golok Fasa 1 melibatkan hilir Lembangan Sungai Golok di Jajahan Tumpat dan sebahagian di Jajahan Pasir Mas dengan jumlah peruntukan sebanyak RM656 juta.

Projek PLSB Sungai Golok bertujuan mengelak masalah banjir termenung dan bah besar di kawasan itu pada masa hadapan.- Bernama

Iklan