Kertas siasatan kes mayat wanita dalam gaung diserah kepada TPR

Iklan
Asisten Komisioner Nanda Maarof

SEREMBAN - Kertas siasatan berhubung kes penemuan mayat wanita di dalam gaung di Kilometer 14 Jalan Bukit Putus Lama di sini, telah diserahkan kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya (TPR) untuk tindakan selanjutnya.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, bagaimanapun reman terhadap dua suspek lelaki dan wanita yang berakhir pada Isnin dilanjutkan.

Iklan
Iklan

"Reman terhadap suspek lelaki berusia 41 tahun dan wanita berusia 18 tahun dilanjut hingga 16 April ini manakala seorang lagi lelaki berusia 44 tahun hingga esok (Rabu)," katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.

Pada 20 Mac lalu, Sinar Harian melaporkan seorang lelaki berusia 50-an yang sedang berjoging dikejutkan dengan penemuan mayat dipercayai wanita dalam gaung di Kilometer 14, Jalan Lama Bukit Putus Seremban-Kuala Pilah di sini.

Iklan

Tiga hari selepas itu, tiga suspek direman tujuh hari bagi membantu siasatan namun tempoh reman dilanjutkan

Ketiga-tiga suspek yang mempunyai talian persaudaraan direman di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bunuh.

Iklan

Mereka juga direman susulan penemuan satu tengkorak dan rangka dipercayai milik seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun di kawasan belukar berhampiran tangki air di Taman Bukit Zamrud di sini pada 7 April lalu.