Sebuah pusat pemindahan mangsa banjir dibuka di Johor

Iklan
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) membantu memindahkan mangsa banjir ke PPS di SRJKC Ai Chun. - Foto APM

SEGAMAT - Sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di daerah ini berikutan banjir kilat yang berlaku pada Isnin.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah memaklumkan PPS di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SRJKC) Ai Chun dibuka pada jam 9.30 malam.