Bersih bantah pindaan Perkara 10 Perlembagaan
Iklan
SHAH ALAM - Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) membantah cadangan pindaan kepada Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan yang membolehkan sekatan dikenakan ke atas hak untuk berpersatuan terhadap lompat parti.
Jawatankuasa Pemandu Bersih dalam satu kenyataan berkata, Jawatankuasa Pemandu Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik serta kabinet, sebaliknya perlu menyelesaikan versi kecil Rang Undang-Undang (RUU) Anti Lompat Parti yang mengecualikan penyingkiran parti daripada ditakrifkan sebagai lompat parti.
Iklan
Iklan
Menurut kenyataan itu, perkara tersebut turut mendapat bantahan daripada sesetengah parti atau ahli Parlimen.
"Dengan mengecualikan penyingkiran daripada parti daripada definisi lompat parti, ia sememangnya akan melemahkan kuasa Anti Lompat Parti, ahli Parlimen atau Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang telah berpaling tadah, mereka tidak akan meletak jawatan tetapi menunggu untuk dipecat untuk mengekalkan kerusi mereka di Dewan Undangan Negeri (DUN) atau Parlimen.
Iklan
"Walaupun ia tidak ideal, perkara ini tidak dapat dielakkan apabila masyarakat dan kepimpinan politik mahukan undang-undang Anti Lompat Parti dalam bentuk tradisional tetapi tidak bersetuju dengan liputannya,” kata kenyataan itu pada Ahad.
Jelas kenyataan itu, Bersih turut menggesa kerajaan dan Jawatankuasa Pemandu MoU Transformasi dan Kestabilan Politik untuk menjanjikan ketelusan dalam proses, iaitu draf dan penglibatan didedahkan kepada umum.
Iklan
Tambah kenyataan itu, masa yang munasabah untuk perbincangan dan maklum balas awam juga perlu diberikan.
"Menetapkan undang-undang Anti Lompat Parti dalam bentuk terhad ini boleh memenuhi permintaan orang ramai untuk melihat beberapa sekatan mengenai lompat parti sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) tanpa menyebabkan kemudaratan jangka panjang kepada hak perlembagaan.
"Bila kelemahan Anti Lompat Parti ini timbul, Parlimen boleh mencari remedi lain seperti memanggil semula.
"Untuk sebab ini, Parlimen tidak boleh mengenakan sebarang penyelesaian yang sesuai untuk semua negeri dengan meminda Jadual Kelapan Perlembagaan Persekutuan,” ujarnya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Laporan siasatan pemilikan saham Azam diserahkan minggu depan"><meta itemprop="description" content="Jawatankuasa khas yang ditubuhkan bagi menyiasat isu pemilikan saham oleh Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki dijangka menyerahkan laporan siasatan kepada kerajaan pada minggu depan.
Jurucakap Kerajaan Madani, Datuk Fahmi Fadzil berkata, jawatankuasa khas itu yang dipengerusikan Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar kini hampir selesai proses siasatan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/769691/berita/nasional/laporan-siasatan-pemilikan-saham-azam-diserahkan-minggu-depan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
Jom sertai World #QuranHour 2026 bertemakan Membentuk Manusia Sebelum Membina Dunia.
Daftar di sini untuk pendaftaran fizikal ke Lokasi Perdana:
https://ezy.la/WQH2026
atau daftar di sini untuk Lokasi Hotspot:
https://ezy.la/HOTSPOT
World #QuranHour #SurahAlMuzzammil #QumiLayl #BangkitMalam #Beritasemasa #isupemilikansahamazambaki #SPRM #FahmiFadzil"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-02-27T08:43:48.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/a7xvC1feLb58B93sa/x120"><meta itemprop="duration" content="P99S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=xa0tyz0"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="xa0tyz0"></script>