Enam maut dirempuh kenderaan di China

Iklan
Enam maut dirempuh kenderaan di China dalam kejadian awal pagi tadi. - Foto SCMP

HUBEI - CHINA. Polis China dilapor menembak mati seorang lelaki yang menggunakan kenderaannya merempuh sekumpulan pejalan kaki dan menyebabkan enam kematian, di bandar Zaoyang, Hubei.

Dalam kejadian awal pagi tadi, lelaki berkenaan dikatakan dengan sengaja melakukan perbuatan tersebut, namun motif serangan tidak dinyatakan.

Iklan
Iklan

Tujuh orang turut dilaporkan cedera dalam insiden terbabit.

September lalu, sekurang-kurangnya 11 orang maut apabila sebuah kenderaan merempuh sekumpulan orang di selatan China dan pemandu melakukan serangan dengan pisau atas alasan membalas dendam. - Reuters

Iklan
Iklan