Kerajaan Johor tidak tahu pembatalan rizab Pulau Kukup

Iklan
Aminolhuda Hassan

ISKANDAR PUTERI - Kerajaan negeri mendakwa tidak mengetahui tentang pembatalan perizaban Pulau Kukup, Pontian sebagai Taman Negara walaupun ia telah diwartakan pada 24 September lalu.

Exco Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan negara, Aminolhuda Hassan berkata, ini kerana, kelulusan perkara tersebut dibuat pada mesyuarat Exco oleh kerajaan sebelum ini, Mac lepas.

Iklan
Iklan

"Kami tidak mengetahui tentangnya kerana kelulusannya dibuat mesyuarat Exco yang lepas oleh pentadbiran kerajaan terdahulu pada Mac lepas.

"Kami hanya mengetahui perkara ini selepas keputusan dibuat dan diluluskan.

Iklan

"Saya sudah minta exco berkaitan dan Menteri Besar (Datuk Osman Sapian) untuk berbincang dan kita akan buat kenyataan seterusnya," katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai isu tersebut di luar Sidang Dewan Negeri Johor di Kota Iskandar, di sini, hari ini.

Iklan

Ditanya sama ada kerajaan negeri di bawah PH akan menarik balik pembatalan perizaban ke atas pulau itu, Aminolhuda yang juga Exco kanan kerajaan negeri memberitahu, pihaknya akan menyemak dahulu perkara terlebih dahulu meliputi pelbagai sudut sebelum tindakan lanjut diambil.

Semalam, satu salinan Warta Kerajaan Johor berhubung pembatalan perizaban Pulau Kukup sebagai Taman Negara mulai tersebar.

Menurut Warta Kerajaan Johor itu, pembatalan keseluruhan kawasan yang diisytiharkan sebagai kawasan Taman Negara Pulau Kukup berdasarkan kuasa diberi mengikut Subseksyen 3(3) Enakmen Perbadanan Taman Negara Johor (1989).

Dalam Twitter terkini, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim memberitahu, pulau tersebut akan diubah menjadi tanah kesultanan.

"Pada masa lalu, beberapa taman negara telah diswastakan tetapi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar mempunyai visi yang berbeza.

"Untuk lebih melindungi semua taman negara, Sultan Ibrahim memutuskan semua taman negara akan diubah menjadi tanah kesultanan," katanya.

Tunku Ismail memberitahu, perkara itu, turut diamalkam di United Kingdom.

"Bagaimanapun, perkara itu mengubah status, dasar dan penggunaan taman tersebut yang berstatus taman nasional," katanya.